comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Twitter lancar kemas kini terbaharu ‘Twitter Blue’, tanda ‘Verified’ boleh dimiliki serendah AS$8 sebulan

Logo Twitter

NEW YORK: Desas-desus mengenai pelan langganan terbaharu yang disediakan oleh platform media sosial, Twitter akhirnya terjawab apabila syarikat komunikasi gergasi itu sahkan memperkenal pakej langganan baharu, ‘Twitter Blue’ pada kadar AS$8 sebulan.

Pakej berkenaan membolehkan pelanggan yang baharu mendaftar boleh memperoleh tanda biru ‘Verified’ sama seperti personaliti dan syarikat terkenal di samping menikmati beberapa lagi kemudahan lain.

Awal minggu lalu, pemilik baharu Twitter, Elon Musk memaklumkan beliau akan menyediakan beberapa kemudahan dan perkhidmatan berbayar kepada pengguna sedia ada dalam usahanya untuk menjana pendapatan sendiri dan mengurangkan kebergantungan terhadap pakej iklan.

Setakat ini, pelan langganan terbaharu itu hanya tersedia kepada pengguna platform terbabit di Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand dan United Kingdom.

Dalam pada itu, majlis pelancaran secara rasmi ‘Twitter Blue’ akan dibuat dalam tempoh terdekat sebaik fasa akhir penambahbaikan kecil selesai.

Loading...
Terkini