HOME / Luar Negara

Whatsapp Pertingkat Enkripsi Telefon Pintar Ke Goole Drive, iCloud

Pengguna WhatsApp yang melakukan enkripsi (penyulitan data) mesej pada telefon pintar kini dapat melindungi enkripsi berkenaan ketika menyimpan mesej di Google Drive dan iCloud, menurut Facebook pada Khamis.

“Mulai hari ini, kami menyediakan lapisan keselamatan tambahan dan pilihan untuk melindungi storan sokongan yang disimpan di Google Drive atau iCloud dengan enkripsi end-to-end,” lapor Sputnik, memetik kenyataan Facebook.

Mesej akan selamat dalam sandaran yang dibuat enkripsi dengan kata laluan atau kunci penyulitan data 64-bit yang hanya diketahui oleh pengguna. , menurut kenyataan itu. 

“WhatsApp atau penyedia perkhidmatan sandaran anda tidak akan dapat membaca sandaran tersebut atau mengakses kata laluan yang diperlukan untuk membukanya,” menurut kenyataan itu.

Ciri baharu itu akan dilancarkan secara beransur-ansur, bermula dengan pengguna yang memiliki versi terbaharu WhatsApp di telefon pintar mereka.