comscore
Tumpuan :
Mahkamah

14 Oktober sebutan semula kes pengusaha tadika dera kanak-kanak

Foto hiasan

LANGKAWI: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menetapkan 14 Oktober depan bagi sebutan semula kes pengusaha tadika yang didakwa atas lima pertuduhan mendera kanak-kanak di bawah jagaannya, tahun lalu.

Hakim Allan Suman Pillai menetapkan demikian selepas pihak pendakwaan selesai menyerahkan dokumen untuk penelitian pihak pembelaan dalam prosiding hari ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Farhan Aliff Ahmad, manakala tertuduh, Nur Dalila Abdullah, 52, diwakili peguam Mohd Fairuz Abu Bakar.

Nur Dalila didakwa menganiayai lima mangsa terdiri tiga kanak-kanak lelaki dan dua perempuan berusia antara tiga hingga enam tahun sehingga mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah tadika swasta di pekan Kuah antara Mac hingga Oktober 2023.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini