comscore
Tumpuan :
Mahkamah

2 sahabat rompak kedai runcit dipenjara 9 tahun

KUALA TERENGGANU: Dua sahabat dipenjara 9 tahun dan 2 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas pertuduhan melakukan rompakan bersenjata di sebuah kedai runcit, bulan lalu.

Tertuduh, Mohamad Shakir Azroy Md Rodi, 28 tahun dan Mohamad Azwan Harun, 34 tahun, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh itu melakukan rompakan berkumpulan dengan bersenjatakan sebilah sabit yang boleh menyebabkan kematian.

Tertuduh merompak wang berjumlah RM1,500 dan mencederakan juruwang kedai berkenaan dengan melibas sabit menyebabkan mangsa cedera di leher.

Kesemua tertuduh melakukan perbuatan itu pada pukul 2.30 pagi di sebuah kedai runcit di Chabang Tiga, Kuala Terengganu 13 September.

Perbuatan tertuduh dirakam kamera litar tertutup (CCTV) kedai berkenaan.

Pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh itu dibuat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh di hukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Nabihan Hanim Ayim, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini