comscore
Tumpuan :
Mahkamah

2 warga Myanmar dihadapkan ke mahkamah kerana membunuh

Oleh: Kumaran Rajamoney

KULIM: Mahkamah Majistret Kulim menetapkan 22 April ini untuk sebutan semula kes melibatkan dua warga Myanmar yang dipercayai membunuh rakan senegaranya.

Majistret, Jamaliah Abd Manap membuat penetapan tarikh baharu itu bagi membolehkan pelantikan jurubahasa selepas mendapati kedua-dua tertuduh tidak memahami Bahasa Melayu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Arthini Sathasivam manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Safuan Md Nor dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan, kedua-dua tertuduh itu dipercayai membunuh Tangavelu Sanjanam, 36.

Mayat mangsa telah ditemui tepi jalan dalam kebun getah di Kuala Benut, Sungai Karangan di sini pada 8 Februari selepas dilaporkan hilang sejak 4 Februari lalu.

Mangsa ditemui dengan kesan kecederaan akibat serangan benda tajam di leher, perut dan tangan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini