comscore
Tumpuan :
Mahkamah

4 pegawai, anggota JKDM Johor didakwa menggunakan dadah

BATU PAHAT: Empat pegawai dan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor dihadapkan ke Mahkamah Majistret dekat sini, atas tuduhan menggunakan dadah, April Lalu.

Semua tertuduh mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan secara berasingan dihadapan Majistret, Suhaila Shafi’uddin.

Kesemua tertuduh, Norazmi Mohd Rashid, 40 Tahun, Mohamad Safiq Basman, 24 Tahun, Mohd Ruduan Yahya @ Yahaya dan Salehudin Idres masing-masing 43 Tahun, didakwa menggunakan dadah berbahaya jenis Amphetamine, Methdylenedioxy-amphetamine (MDA) dan Methdylenedioxy-methamphetamine (MDMA).

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis daerah Batu Pahat, kira-kira Jam 7 pagi, pada 28 April Lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 15 (A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Farah Wahida Mohd Sharip.

Manakala semua tertuduh diwakili Peguam, Mohd Azlan Sha Mohd Allias dan Naziha Abdul Rahim.

Mahkamah membenarkan semua tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Kes akan disebut semula pada 26 Jun Depan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini