comscore
Tumpuan :
Mahkamah

4 termasuk dua pegawai AKSB dibawa ke mahkamah untuk reman

FOTO: NSTP

KOTA BHARU: Empat individu termasuk dua bekas pegawai kanan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, tiba di Kompleks Mahkamah Kota Bharu, di sini untuk perintah tahanan reman.

Semua suspek berusia 40 hingga 60-an tiba dengan diiringi pegawai SPRM.

Empat individu ditahan, masing-masing dua bekas pegawai kanan AKSB dan dua pemilik syarikat yang diberi tanggungjawab sebagai perunding di empat lokasi berasingan pada 10 pagi semalam.

Mereka ditahan kerana disyaki terbabit dalam pembinaan telaga jari yang tidak dapat berfungsi dalam membekalkan air kepada penduduk.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilapor berkata, pihaknya menjalankan siasatan terhadap 28 telaga jejari yang dibina menerusi Projek Pembinaan Telaga Jejari (HCW).

Katanya, ia membabitkan 10 projek pembinaan serta membaik pulih loji rawatan air (LRA) dianggarkan berjumlah lebih RM300 juta yang dibina AKSB, namun didakwa gagal berfungsi bagi membekalkan air kepada penduduk.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini