Tumpuan :
Mahkamah

6 warga Malaysia termasuk penyanyi dikir barat tiba di Mahkamah Narathiwat

Penyanyi dikir barat Malaysia dan lima yang lain tiba di Mahkamah Wilayah Narathiwat hari ini menaiki lori penjara untuk perbicaraan. – FOTO: NSTP

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat Malaysia yang ditahan bersama lima individu lain atas kes dadah tiba di Mahkamah Wilayah Narathiwat pagi ini untuk menghadapi pertuduhan.

Mereka tiba pada jam 9.10 pagi tadi menaiki lori penjara dengan kawalan ketat pihak berkuasa.

Penyanyi berkenaan, yang berusia 30 tahun, bersama lima rakan termasuk suaminya, dijangka menghadapi pertuduhan memiliki pil yaba dan pengambilan dadah.

Pendakwaan dijadualkan bermula tengah hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan mereka ditahan pada 1 November tahun lalu di sebuah hotel di Sungai Golok bersama 6,000 biji pil yaba. Mahkamah kemudiannya meluluskan perintah tahanan polis selama 84 hari bermula 4 November untuk membolehkan siasatan lanjut.

Sementara itu, beberapa ahli keluarga penyanyi tersebut dilihat berada di pekarangan mahkamah sejak awal pagi, dengan lebih 30 ahli keluarga dijangka hadir untuk memberi sokongan moral kepada enam tertuduh.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini