comscore
Tumpuan :
Mahkamah

9 direman terima rasuah RM1.28 juta ubah butiran kenderaan

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM menahan reman 9 individu termasuk lima anggota penguat kuasa kerana disyaki meminta dan menerima rasuah.

Suapan daripada pemilik kenderaan dan orang tengah sebagai balasan untuk mengubah butiran spesifikasi enjin kenderaan perdagangan daripada kenderaan diesel biasa, kepada kenderaan diesel hijau di dalam sistem tanpa melalui prosedur ditetapkan.

Permohonan reman antara dua hingga tujuh hari dikeluarkan oleh majistret ke atas sembilan daripada 10 suspek di Mahkamah Majistret Ipoh, Putrajaya, Johor Bahru dan Kota Kinabalu, Sabah.

Individu terbabit yang berusia antara 33 hingga 66 tahun ditahan SPRM semalam.

Kegiatan didalangi oleh empat ejen dan seorang pemilik syarikat termasuk seorang wanita.

Sindiket dipercayai aktif sekitar tahun 2019 hingga 2022 dengan nilai rasuah dianggarkan RM1.28 juta.

Aktiviti sindiket menyebabkan ketirisan hasil kerajaan lebih RM12 juta.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan tangkapan.

Kes disiasat di bawah seksyen 16(A) (B) Akta SPRM 2009.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini