comscore
Tumpuan :
Mahkamah

9 November ditetap tarikh bicara kes hasutan projek kasino Chegu Bard

Ahli Jawatankuasa Penerangan BERSATU, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard bersama peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali, berbincang sebelum prosiding kes dihadapinya, hari ini. – Foto: NSTP

JOHOR BAHRU: 9 hingga 12 November depan ditetapkan Mahkamah Sesyen di sini sebagai tarikh perbicaraan kes projek kasino Forest City, Iskandar Puteri, dihadapi Ahli Jawatankuasa Penerangan BERSATU, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard.

Hakim Rasidah Roslee membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan dan peguam Chegu Bard mencapai persetujuan tarikh berkenaan dalam prosiding pengurusan kes, hari ini.

Dalam prosiding berkenaan, pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur, Datin Kalmizah Salleh dan Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Nor Azmal manakala Chegu Bard diwakili peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali.

Pada 30 April lalu, Chegu Bard didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan menerbitkan kenyataan menghasut berhubung projek kasino di Forest City menerusi media sosial pada 26 April 2024.

Chegu Bard, 45, mengaku tidak bersalah manakala pendakwaan dibuat mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Pada 20 Mei lalu, Mahkamah Tinggi di sini, mengeluarkan perintah larangan bersuara ke atas Chegu Bard daripada mengeluarkan kenyataan atau komen berhubung kes kasino di Forest City, Iskandar Puteri dihadapinya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini