comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] AGC tolak representasi Sanusi mohon batal tuduhan menghasut

SHAH ALAM: Representasi dikemukakan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bagi membatalkan dua tuduhan menghasut yang dihadapi Menteri Besar Kedah itu, ditolak Jabatan Peguam Negara (AGC).

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud mengesahkan perkembangan itu ketika sebutan kes di Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 29 Februari lalu bagi berdepan dua pertuduhan menghasut. – Foto fail NSTP

Terdahulu pada 29 Februari lalu, Muhammad Sanusi mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi atas dua tuduhan menyebut perkataan menghasut berkaitan Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu dituduh melakukan kesalahan berkenaan di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara Kampung Bendahara, Gombak jam 11 malam, 11 Julai tahun lalu.

Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) merangkap Ketua Jabatan Pilihan Raya PAS didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda hingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Pertuduhan itu dibacakan semula selepas kes itu dibenar dipindahkan dari Mahkamah Sesyen Selayang ke Mahkamah Tinggi di sini pada 1 Februari lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini