comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Ahli perniagaan wanita terkenal akan didakwa esok

Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan wanita terkenal akan didakwa atas kesalahan melakukan penghantaran komunikasi bersifat sumbang di Mahkamah Sesyen Jenayah Sepang, Selangor, esok.

Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan kes akan bermula pada jam 9 pagi.

“Ahli perniagaan wanita terbabit akan didakwa mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Ia berikutan kesalahan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang bersifat sumbang,” katanya. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini