Tumpuan :
Mahkamah

Ahmad Zahid kekal lepas, bebas 40 pertuduhan VLN

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini, hari ini memutuskan untuk melepaskan dan membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas 40 pertuduhan menerima rasuah daripada Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) berhubung Sistem VLN.

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali membuat keputusan selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Yusaini Amer Abdul Karim memaklumkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menarik balik semua rayuan terhadap kes itu.

Pada Jun 2019, Ahmad Zahid didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor atas 40 pertuduhan menerima rasuah daripada Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) berhubung Sistem VLN.

Pada 23 September 2022, Presiden UMNO itu dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini