comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Akibat cederakan ibu saudara anggota bomba dipenjara 3 bulan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhi hukuman penjara tiga bulan terhadap seorang anggota bomba selepas mengaku bersalah mencederakan ibu saudaranya, dua tahun lalu.

Tertuduh, Putera Azirul Abdul Aziz, 32, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izzah Shaharuddin.

Majistret memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan bermula hari ini.

Mengikut pertuduhan, Putera Azirul dengan sengaja mendatangkan cedera kepada Aini Ahmad, 58, di kuarters balai bomba di Wangsa Maju, di sini pada jam 4 petang, 27 Disember 2021.

Berikutan itu, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Sheryn Yong Shi Yee memohon hukuman berat sebagai pengajaran dan mengambil kira kepentingan awam.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman berikutan menjadi penanggung tunggal keluarga.

“Saya buat demikian (cederakan ibu saudara) kerana keluarga mentua bawa balik isteri tanpa kebenaran,” katanya.

Loading...
Terkini