comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Aliff, Ruhainies hadir ke mahkamah syariah

KUALA LUMPUR: Pelakon kontroversi, Aliff Aziz dan Ruhainies dilihat hadir selama tiga jam ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Sumber berkata, pasangan itu tiba di mahkamah jam 8.40 pagi dan dilihat beredar jam 11.50 pagi.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tujuan kedatangan mereka ke mahkamah, namun dipercayai berkaitan kes tangkapan khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Sumber berkata, Aliff dan Ruhainies dibebaskan dengan jaminan mahkamah RM1,500 setiap seorang.

Menurutnya lagi, prosiding kes itu bakal berlangsung di Mahkamah Tinggi di sini pada 3 Julai ini.

Sementara itu, sumber rapat dengan Aliff berkata, tujuan kedatangan kedua-dua pelakon ke mahkamah hari ini bukan untuk pendakwaan, tetapi berkaitan kes khalwat mereka.

“Pertuduhan dibacakan hakim syarie, tetapi tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua mereka,” katanya.

Sebelum itu, Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail memaklumkan siasatan kes khalwat membabitkan Aliff dan Ruhainies selesai.

Mohd Ajib berkata, kertas siasatan itu sudah dihantar kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS) untuk tindakan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini