comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Amelia Henderson fail rayuan

KUALA LUMPUR: Pelakon Amelia Henderson memfailkan rayuan berkaitan keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkannya membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A.Aida Production Sdn. Bhd. berhubung isu pelanggaran kontrak sebuah drama tahun lalu.

Pengesahan perkara itu dibuat peguamnya Wan Nurliyana Abdul Rahman.

Rayuan itu telah difailkan pada 18 April lalu di Mahkamah Tinggi di sini.

7 April lalu, Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson, 28 diperintah membayar ganti rugi lebih RM200,000 terhadap syarikat produksi A.Aida Production Sdn. Bhd.

Hakim Zulqarnain Hassan memutuskan demikian selepas membenarkan tuntutan saman yang difailkan syarikat produksi itu selaku plaintif terhadap saman yang dikemukakan kepada Amelia selaku defendan.

Justeru mahkamah memerintahkan Amelia membayar ganti rugi am selain faedah 5 peratus kepada plaintif yang kesemuanya berjumlah lebih RM200,000.

Loading...
Terkini