comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Bungkusan menyerupai bom ditemui di Mahkamah Kuala Terengganu 

 

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

KUALA TERENGGANU: Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu gempar susulan penemuan bungkusan menyerupai bom yang diletakkan di hadapan pagar, kira-kira jam 6.45 pagi tadi.

Pengawal keselematan yang bertugas di kompleks mahkamah itu kemudiannya menghubungi polis jam 7.20 pagi sebelum sebahagian kompleks mahkamah diarah dikosongkan.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu tiba di lokasi pada jam 7.45 pagi bagi menyiasat ancaman bom itu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Polis dihubungi oleh pegawai keselamatan memaklumkan menemui satu bungkusan yang dicurigai berwarna putih, hasil laporan itu JSJ dan UPB telah pergi tempat kejadian dan telah buat pemeriksaan menemui bungkusan kertas A4 mengandungi bateri dan disyaki ada cebisan lampu suluh.

“Polis telah musnahkan barang tersebut dan didapati tidak ada unsur letupan dan sebagainya dan barang kes telah dihantar ke forensik untuk dibuat penilaian forensik”, katanya.

Pihak polis turut melakukan pemeriksaan menyeluruh dan dilaporkan tiada bom lain ditemui setakat ini.

“Selepas itu UPB melakukan pemantauan di semua kawasan kompleks mahkamah dan tiada unsur-unsur mengancam keselamatan di lokasi dan seterusnya kita buka siasatan kes ugutan jenayah di bawah 506 Kanun Keseksaan”ujarnya.

Tambahnya siasatan lanjut berhubung insiden terbabit sedang dijalankan bagi mengenalpasti motif sebenar kejadian.

 

 

 

Loading...
Terkini