comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Anggota Maritim Malaysia mengaku salah terima rasuah

Oleh Ridhwan Rusydi Azri Roslan

PETALING JAYA: Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Rasuah, Kota Kinabalu, Sabah, hari ini, selepas mengaku bersalah menerima rasuah berjumlah RM2,000 pada 17 Mac 2021.

Hakim YA Tuan Jason Juga membuat keputusan itu terhadap tertuduh, Jazul bin Abdullah, 30 tahun selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan alternatif di bawah Seksyen 165 KK.

Tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Mengikut fakta kes, pengadu telah dihubungi oleh tekong kapalnya yang mengatakan kapal milik pengadu telah ditahan oleh pihak APMM di Perairan Sepanggar.

Semasa pemeriksaan oleh pihak APMM ke atas kapal pengadu, mereka mendapati lesen botnya telah tamat tempoh.

Seorang anggota APMM yang memperkenalkan dirinya sebagai Alif kemudiannya telah meminta wang sebanyak RM2000 daripada pengadu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap pengadu dan botnya.

Sekiranya gagal membayar denda, tertuduh akan dipenjara selama tempoh 6 bulan

Loading...
Terkini