comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Anggota Rela direman bantu siasatan kes cederakan kanak-kanak 5 tahun

FOTO: NSTP

BUTTERWORTH: Seorang anggota Rela direman tujuh hari bagi membantu siasatan kerana mendatangkan kecederaan terhadap kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, 27 Mei lalu.

Perintah reman bermula hari ini sehingga Selasa depan dikeluarkan Majistret Rosnee Mohd Radzuan.

Ia bagi membolehkan siasatan terhadap suspek berusia 70 tahun dilakukan pihak polis mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Terdahulu suspek yang diiringi pihak polis tiba di pekarangan Mahkamah Butterworth pada jam 10.45 pagi dengan memakai baju lokap berwarna oren.

Suspek ditahan di rumahnya di Penaga di sini, semalam bagi membantu siasatan kes kanak-kanak perempuan hilang hampir 24 jam dan ditemui dalam keadaan cedera di sebuah bangsal di tepi jalan di Permatang Keriang di sini, pada 27 Mei lalu.

Loading...
Terkini