comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Awal Ashaari Didakwa Khianat, Rosakkan Palang Pagar Perumahan

Awal Ashaari mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara.

PETALING JAYA: Pengacara popular, Awal Ashaari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini terhadap pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Mengikut pertuduhan, Awal melakukan perbuatan itu di pondok pengawal Challis Damansara, Jalan PJU 3/30, Sunway Damansara, di sini dengan nilai kerugian dianggarkan RM600 pada jam 11.30 pagi, 16 April lalu.

Awal didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari setahun atau tidak lebih dari lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Wafi Husain menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam bela, Datuk M Reza Hassan dibantu peguam Hamizah Sobree yang mewakili Awal memohon pengurangan jaminan kepada RM3,000 dengan alasan anak guamnya ada pendapatan sebagai pengacara yang tidak konsisten menyara steri dan dua anak serta menanggung ibu bapanya yang sudah berusia.

Loading...
Terkini