comscore
Tumpuan :
Mahkamah

‘Ayahanda’ mengaku tidak bersalah, urus pertubuhan haram

FOTO: NSTP

DUNGUN: Dua beranak serta tiga lagi lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengurus dan menganggotai sebuah pertubuhan haram.

Kesemua mereka mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nur Amira Fatihah Osman.

Kelima-lima tertuduh, Husin Hasan, 40, Muhammad Airell Amirul Husin, 20, Mohamad Hassan dan Mohd Syamin Abdul Rahim, masing-masing berusia 39, dan Hilmy Ibrahim, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Amira Fatihah Rosman.

Mengikut pertuduhan, Husin Hassan berdepan dengan dua pertuduhan iaitu dituduh mengurus dan mengambil bahagian dalam pertubuhan berkenaan di Kampung Sura Jeti Dungun pada 20 januari 2023 pada jam 1.40 pagi.

Dia didakwa di bawah Seksyen 42 Akta Pertubuhan 1966 yang boleh membawa hukuman hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda RM15,000 atau kedua-dua sekali.

Mengikut pertuduhan kedua, Husin dituduh mengikut Seksyen 6 (3) Akta yang sama yang boleh dikenakan hukuman denda RM5,000.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM9,000.

Manakala, Muhammad Aieril Amirul Husin, Mohamad Hasan, dan Hilmy Ibrahim berdepan dengan satu pertuduhan dan didakwa di bawah Seksyen 43 Akta yang sama dan boleh dikenakan penjara sehingga tiga tahun dan denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh itu dikat sebanyak RM3,000.

Seorang lagi tertuduh, Mohd Syamin Abdul Rahim, berdepan dengan tuduhan yang sama dan dibenarkan diikat jamin sebanyak RM7,000.

Mahkamah menetapkan pada 18 Mac depan untuk serahan dokumen.

Kesemua tertuduh diwakili peguam Datuk Sukri Mohamed dan Nohabibah Norulalzahar, manakala pendakwaan kes dikendalikan oleh Nur Amalina Najwa Mohd Ali.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini