comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Balu Jamaluddin, anak-anak serta ibu mentua gagal sepakat harta lebih RM2 bilion

 

KUALA LUMPUR: Balu Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Puan Sri Kalsom Ismail dan empat anak serta ibu mentuanya, gagal mencapai persetujuan dalam tuntutan harta sepencarian berjumlah lebih RM2 bilion.

Tuntutan harta sepencarian itu difailkan Kalsom selaku plaintif terhadap empat anaknya, Ikwan Hafiz, Nur Anis, Nurul Alyaa dan Noor Adilla serta ibu mentuanya, Aminah Abdullah yang dinamakan sebagai defendan pertama hingga kelima.

Balu kepada Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Puan Sri Kalsom Ismail (kanan) bersama anak-anaknya keluar dari mahkamah selepas status cadangan penyelesaian kes harta sepencarian berjumlah RM2 bilion terhadap harta pusaka suaminya ditangguhkan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur. – FOTO: NSTP

Peguam, Nur Hidayah A Bakar, yang mewakili Aminah, ketika ditemui selepas prosiding hari ini berkata, Hakim Syarie Abdul Shukor Abd Hamid memutuskan supaya kes itu diteruskan dengan perbicaraan berikutan kedua-dua belah pihak gagal mencapai persetujuan.

Hidayah berkata, keputusan berkenaan dibacakan oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi yang kemudian menetapkan sebutan kes pada 9 Oktober ini.

Kalsom, 67, memfailkan tuntutan harta sepencarian termasuk 20 hartanah di Malaysia dan Makkah serta beberapa syarikat pada Oktober 2018, dengan menamakan empat anak serta ibu mentuanya sebagai defendan.

Pada 4 April 2015, Jamaluddin, yang juga bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, ketika itu berusia 64 tahun, bersama lima lagi maut apabila helikopter yang mereka naiki dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada jam 4.55 petang.

Turut maut juruterbangnya Kapten Clifford William Fournier, Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Azlin Alias, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang, pegawai peribadi Jamaluddin, Razakan Seran serta seorang wanita yang dikenali sebagai Aidana Baizieva.

Loading...
Terkini