comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Banduan dipenjara lima tahun bawa pisau di tempat awam

Foto hiasan

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap seorang banduan yang membawa pisau ketika berada di tempat awam.

Hakim Nooriah Osman membuat keputusan itu selepas tertuduh, Zawawi Zahid, 51, mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membawa senjata berbahaya di tempat awam iaitu sebilah pisau di hadapan sebuah kedai gunting rambut di daerah ini, jam 5 petang pada 9 Julai lalu.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 6Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akt 357) berdepan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara berkenaan dijalankan bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 9 Julai lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hanis Nabihah Hizamul-Din manakala tertuduh tidak wakili peguam.

Ketika ini, tertuduh sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan mencuri kenderaan.

Loading...
Terkini