comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Bantu bebas tahanan kes dadah, dua pegawai kanan penguat kuasa dan isteri ditahan 

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah 

KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua lelaki dan seorang wanita selepas disyaki terlibat membantu membebaskan tiga lelaki berkaitan kes dadah.

Dua daripadanya merupakan pegawai kanan sebuah agensi penguatkuasa dan seorang lagi isteri kepada pegawai kanan terbabit.

Ketiga-tiga suspek berusia 36 hingga 41 tahun.

Ketiga-tiga suspek disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM30,000 daripada seorang lelaki sebagai balasan melepaskan rakan lelaki tersebut yang ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Semua suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2021 dan ketika itu dua pegawai penguat kuasa kanan terlibat bertugas di sebuah daerah di Terengganu.

Siasatan awal mendapati duit rasuah tersebut disyaki digunakan oleh salah seorang suspek yang kini bertugas di sebuah daerah di Kedah dan isterinya untuk pelaburan judi secara dalam talian.

Wang tersebut pada awalnya dipercayai telah dimasukkan ke dalam akaun pihak ketiga sebelum dipindah ke akaun milik isteri suspek.

Ketiga-tiga suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pagi tadi.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Kuala Terengganu, Yuhanis Mohd Roslan, membenarkan kedua-dua pegawai kanan tersebut direman 5 hari dan isteri pegawai kanan itu direman 4 hari bermula hari ini.

Kedua-dua pegawai kanan terbabit akan ditempatkan di lokap SPRM Terengganu, manakala isterinya akan ditempatkan di Lokap IPD Kuala Terengganu.

Kesemua suspek diwakili peguam Muhamad Ramlam Taib.

Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini