comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Bekas guru muzik didakwa lakukan amang seksual

Oleh Mohd Ishak Abdillah Ngah / Zamri Ghani 

KUALA TERENGGANU: Seorang bekas pembantu muzik, berusia 40 tahun mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak murid perempuannya yang berusia sembilan tahun di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Tertuduh membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa di dua lokasi berasingan iaitu di sebuah sekolah dan di tepi jalan  di daerah Kuala  Nerus.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu  antara jam 1 petang hingga 2 petang pada 2018.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) dan 14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000  dengan seorang penjamin.

22 Disember depan ditetapkan sebutan semula kes.

Hakim turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran selain dilarang menganggu mangsa serta saksi sepanjang prosiding berkenaan.

Loading...
Terkini