comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Bekas isteri gagal tuntut wang KWSP yang diserah kepada ibu mertua

Oleh: Juliana Sharin

PETALING JAYA: Seorang wanita yang telah bercerai gagal menghalang pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada membayar wang dalam akaun bekas suaminya kepada bekas ibu mertuanya, selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyatakan Tan Shing Ying gagal bertindak segera dan tuntutannya tidak berasas.

Shing Ying bercerai dengan Tan Tze Pei pada 2017.

Oktober 2021, beliau memperoleh perintah mahkamah yang memberi Tze Pei tempoh 14 hari untuk mengeluarkan dana dari akaun KWSPnya bagi menyelesaikan tunggakan pembayaran kebajikan yang sepatutnya dibayar Shing Ying mengikut terma perceraian mereka.

Tze Pei bagaimanapun gagal mematuhi perintah mahkamah.

Sebaliknya, menamakan ibunya sebagai penerima manfaat dana dalam akaunnya pada September 2022, dan Tze Pei meninggal dua bulan kemudian.

Hakim Evrol Mariette Peters

Akibat tidak dapat menuntut dana itu susulan penama, Shing Ying mengemukakan permohonan di mahkamah 18 bulan kemudian.

Permohonan tersebut meminta mahkamah menyatakan bahawa beliau berhak menerima jumlah yang sepatutnya diterimanya mengikut perintah mahkamah dari dana dalam akaun KWSP Tze Pei.

Beliau juga meminta perintah yang menghalang KWSP dari melepaskan wang kepada bekas ibu mertuanya mengikut penamaan tersebut.

Hakim Evrol Mariette Peters menolak tuntutan tersebut, dengan menyatakan bahawa ia ‘tidak patut dilayan’ disebabkan oleh kelewatan satu setengah tahun dalam membawa tindakan ini.

“Plaintif (Shing Ying) cuba menyalahkan kelewatan tindakan kepada peguam terdahulunya. Saya dapati penjelasannya tidak boleh diterima, memandangkan peguam terdahulunya tidak hadir di mahkamah untuk memberikan penjelasan.

“Selain itu, sebarang interaksi antara plaintif dan peguam terdahulunya bukan menjadi pertimbangan mahkamah ini,” kata Peters.

Loading...
Terkini