comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Bekas pekerja IT didapati bersalah menyebabkan kematian Syed Danial 

FOTO: NSTP

SHAH ALAM: Bekas pekerja teknologi maklumat, Yew Wei Liang, 45 didapati bersalah menyebabkan kematian pengurus bank, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini hari ini Julia Ibrahim, membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah

Hakim berkata tertuduh gagal membuktikan terdapat ancaman kecederaan tubuh terhadapnya dan isteri.

Berdasarkan keseluruhan keterangan, mahkamah mendapati wujud hak mempertahankan harta tertuduh daripada perbuatan merosakkan kereta tertuduh dengan menggunakan kayu baseball.

Namun hakim berkata hak pertahanan harta itu tidak dilanjutkan sehingga menyebabkan kematian.

Mahkamah menetapkan Khamis ini bagi mendengar rayuan dan hujahan sebelum menjatuhkan hukuman.

22 Ogos 2019, Yew dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh Syed Muhammad Danial, 29, di Kilometer 293.6 di Lebuhraya Utara-Selatan antara 1 tengah hari dan 2 petang, 10 Ogos tahun sama.

Loading...
Terkini