comscore
Tumpuan :
Mahkamah

BERSATU dibenar cabar tindakan SPRM beku akaun bank

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan BERSATU untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan dua akaunnya.

Keputusan dibuat Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid  pada prosiding secara dalam talian.

Mahkamah turut menetapkan pengurusan kes pada 28 November ini.

 

Pada 29 Mei lalu, Kapt (B) Datuk Muhammad Suhaimi Yahya, sebagai pegawai awam BERSATU memfailkan permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan SPRM membekukan akaun bank parti itu bagi siasatan.

Beliau menamakan Peguam Negara (ketika itu), Tan Sri Idrus Harun dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki masing-masing sebagai responden pertama dan kedua, serta 20 individu lain sebagai responden ketiga hingga ke-22.

BERSATU mendakwa pada 19 April lalu, akaun bank CIMB dan AmBanknya disita tanpa sebarang perintah penyitaan dikeluarkan mengikut Seksyen 50(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

BERSATU mendakwa SPRM mengeluarkan kenyataan pada 20 April lalu berhubung pembekuan kedua-dua akaun itu pada 11 April, tetapi tidak pernah memaklumkan kepada parti itu mengenai tarikh berkenaan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini