comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Buat tuntutan palsu RM180,000, pengurus syarikat direman 4 hari

Foto: Ihsan SPRM

Buat tuntutan palsu

KUCHING: Seorang pengurus syarikat direman empat hari bermula hari ini kerana disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butiran matan palsu bernilai RM180,000 kepada sebuah agensi Kerajaan Persekutuan, dua tahun lalu.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Zuraini Ali Musa selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Bintulu, hari ini.

Sumber berkata, lelaki berusia lewat 50-an itu ditahan SPRM kira-kira jam 12.45 tengahari semalam, ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM cawangan Bintulu.

Suspek disyaki membuat tuntutan palsu kepada sebuah agensi kerajaan cawangan Bintulu berkaitan satu program membabitkan tiga kawasan berbeza sekitar 2021.

Bagaimanapun, siasatan awal mendapati tiada sebarang penghantaran dilakukan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak, Mohd Zaki Hassan ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman suspek.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Loading...
Terkini