comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Bunuh bayi: Ibu dan rakan dipenjara 35 tahun 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman penjara 35 tahun ke atas seorang ibu dan rakan wanitanya selepas didapati bersalah membunuh bayi lelaki berusia 23 bulan di sebuah rumah di Presint 5, Putrajaya, 5 tahun lalu.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah .

Beliau berkata ibu bayi berkenaan, Nor Aisyah Mohd Yunus, 40 tahun dan rakan serumahnya, Noor Aisyah Ibrahim, 37 tahun gagal memberi  penjelasan bagaimana mangsa mendapat kecederaan sedangkan mereka mengakui bayi itu berada di dalam rumah.

Hukuman penjara bermula daripada tarikh tangkapan, 4 November 2019.

Terdahulu media melaporkan bayi lelaki berusia 23 bulan, dibawa  ibu bapanya ke Hospital Serdang, dengan 89 kesan lebam, lecur, luka, calar lama dan baharu pada seluruh badan.

Bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di pinggul serta hati akibat hentakan objek tumpul dan keras.

Loading...
Terkini