comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Bunuh dan bakar wanita hamil, suspek didakwa pagi ini

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias (tengah) menunjukkan gambar kandungan dan pisau dalam kes pembunuhan seorang wanita yang dibakar dalam kawasan belukar kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, 24 Mei lalu. – FOTO : NSTP

SUNGAI BESAR: Lelaki yang disyaki membunuh dan membakar teman wanitanya di Jalan Sungai Limau, pada 23 Mei lalu akan didakwa di mahkamah pagi ini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, suspek berusia 20 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Majistret Sungai Besar.

Mayat mangsa berusia 21 tahun yang hamil empat bulan ditemui dalam keadaan terbakar di belukar kebun kelapa sawit.

Suspek dipercayai melakukan jenayah itu berseorangan.

Motif pembunuhan dikatakan kerana mahu merahsiakan kehamilan mangsa selepas melakukan hubungan sulit.

Loading...
Terkini