comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Buruh binaan dihukum 4 sebatan, khalwat kali kedua

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

KUALA TERENGGANU: Seorang buruh binaan dijatuhkan hukuman empat sebatan dan denda RM3,000 selepas mengaku salah atas kesalahan khalwat kali kedua oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, di sini, hari ini.

Tertuduh Mohd Affendi Awang, 42, mengaku salah selepas pertuduhan di bawah Seksyen 31 (a) Enekmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu Pindaan 2022 oleh Hakim Hamidi Shafie.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama pasangannya ditahan khalwat oleh penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Islam Terengganu (JHEAT) dalam serbuan pada 25 Januari 2024.

Mereka ditahan di sebuah premis rumah kedai yang sedang diubahsuai di Jalan Penghiburan, Kemaman, dimana tertuduh turut bekerja di sana.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(a) kerana kesalahan khalwat enakmen yang sama di mana sabit kesalahan boleh dihukum 6 sebatan atau penjara 3 tahun dan denda RM5,000.

Mahkamah turut memutuskan sekiranya tertuduh gagal membayar denda tertuduh berdepan hukuman penjara selama 6 bulan.

Sementara hukuman sebat akan dilakukan selepas tamat tempoh rayuan.

Tertuduh sebelum ini pernah ditangkap khalwat pada 11 Julai 2023 dan dijatuhkan hukuman denda RM2,700.

Tertuduh dalam rayuan memohon mahkamah meringankan hukuman kerana pendapatannya sebagai buruh binaan adalah kecil iaitu sebanyak RM2,000 sebulan.

Selain mengaku telah insaf dan merancang untuk berkahwin dengan pasangannya selepas ini.

Untuk rekod, hukuman terbabit merupakan hukuman pertama bagi kesalahan khalwat yang di sebat di Malaysia selepas pindaan Enakmen Jenayah Syariah (takzir ) Terengganu 2022.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini