comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Buruh bunuh rakan kerana hutang, dipenjara 10 tahun

 

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah 

KUALA TERENGGANU: Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini, hari ini kerana menyebabkan kematian tanpa niat terhadap rakannya, 21 November tahun lalu.

Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli menjatuhkan hukuman itu selepas Mohd Alias Mokhtar, 40, mengaku bersalah mengikut pertuduhan di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan (KK).

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian Marzuki Che Daud, 45, dengan niat menyebabkan bencana tubuh yang mungkin menyebabkan kematian.

Dalam kejadian 19 November 2023, jam 8.30 malam, tertuduh didakwa mencederakan mangsa menggunakan tukul, topi keledar, dan pisau sehingga mendatangkan 37 kesan luka.

Punca pergaduhan dipercayai mangsa berhutang RM1,000 dari tertuduh.

Perbuatan dilakukan di Kampung Gelugor Kedai di Kuala Terengganu.

Mahkamah kemudian menjatuh hukuman penjara 10 tahun terhadap tertuduh bermula tarikh ditangkap.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini