comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Buruh didakwa cederakan isteri guna seterika

FOTO: NSTP

KOTA BAHRU: Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan isterinya dengan menggunakan seterika, awal minggu ini.

Tertuduh, Mohd Nurhakiman Mohd Nasir, 35, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mencederakan isteri menggunakan seterika di sebuah rumah di Kampung Rambutan Rendang, di sini, pada 7.30 pagi 23 September lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama.

Kesalahan mengikut Seksyen 326A memperuntukkan hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Kamarul Hasyime tidak menawarkan jaminan kerana tertuduh dan isterinya masih tinggal bersama dalam satu rumah.

Mahkamah menetapkan 29 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi latikan peguam dan serahan dokumen.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini