comscore
Tumpuan :
Mahkamah

CEO GISBH, isteri dan 20 individu dituduh jadi ahli kumpulan jenayah terancang GISBH

Oleh: Fareez Azman

SELAYANG: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isterinya antara 22 individu dituduh menjadi ahli kumpulan jenayah terancang di Mahkamah Sesyen Selayang sebentar tadi.

Beliau bersama kesemua tertuduh lain bagaimanapun hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa didepan Hakim Lailatul Zuraida Harron@Harun.

Kesemua tertuduh didakwa dibawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan [Akta 574] yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan kesemua mereka didapati melakukan kesalahan itu diantara Oktober 2020 hingga September 2024 di 33-G Jalan Desa 9/6 Bandar Country Homes Rawang dalam Daerah Gombak, Negeri Selangor.

Selain Nasiruddin dan isteri, turut dituduh anak kepada bekas pengasas kumpulan Al-Arqan, Ashaari Muhammad, Mohammad Adib At-Tamimi.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini