comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Curi udang & sotong, penunggang p-hailing kena penjara dua minggu

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang penunggang p-hailing dijatuhi hukuman penjara dua minggu oleh Mahkamah Majistret di sini kerana mencuri udang dan sotong bernilai RM350 dari sebuah pasar basah.

Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Khamirul Azmi Basli, 35, mengaku bersalah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan perbuatan itu di Pasar Datuk Keramat pada jam 10.30 pagi, 9 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Khamirul yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon supaya hukuman itu diringankan.

“Saya mengaku salah kerana mencuri. Saya mencuri bukan menjual tetapi untuk dimakan,” katanya.

Khamirul yang turut memohon mohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu juga memaklumkan bahawa dia tinggal berdua bersama ibunya.

Wong memerintahkan Khamirul menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 22 Januari lalu.

Loading...
Terkini