comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Dipenjara 8 bulan curi tabung surau

Oleh Mohd Ishak Abdillah Ngah

KUALA TERENGGANU: Seorang penganggur dipenjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu selepas mengaku bersalah mencuri duit tabung surau sebanyak RM49.

Tertuduh Mohd Azizul Fariza Awang, 34 tahun, mengaku salah selepas pertuduhan dibaca dihadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di surau Banggol Peradong Kuala Terengganu pada 26 Januari lalu.

Perbuatan tertuduh itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) surau berkenaan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Mahkamah mengarah hukuman berkuatkuasa dari tarikh tangkapan pada 26 Januari 2023.

Loading...
Terkini