comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Doktor didakwa cabul pekerja wanita

JEMPOL: Seorang doktor sebuah klinik swasta di Bandar Baru Serting didakwa di Mahkamah Majistret Bahau di sini hari ini kerana mencabul seorang pekerja wanitanya.

Bagaimanapun tertuduh Mohamad Amin Razaly, 36 dari Batu Kikir tidak mengaku salah sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.

Doktor yang dituduh mencabul pekerja datang sendiri ke Mahkamah Majistret Bahau hari ini. FOTO: NSTP

Mengikut pertuduhan tertuduh didapati mencabul mangsa berusia 25 di dalam sebuah bilik rehat tingkat atas klinik berkenaan.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada jam 10.30 malam 19 Februari lalu.

Oleh yang demikian tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farahidah Zool Beri menawarkan jaminan RM10,000, bagaimanapun mahkamah membenarkan tertuduh diberi jaminan RM5,000 serta syarat tambahan tertuduh dan ahli keluarga dilarang mendekati mangsa sehingga kes selesai.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuan turut meminta jaminan dikurangkan berikutan terputus punca pendapatan apabila klinik tiada pesakit datang selain perlu menanggung komitmen bayaran kepada pembekal ubat-ubatan.

Mahkamah menetapkan 24 April ini bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini