comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Dua pegawai kanan badan berkanun direman, seleweng dana MOF RM1.2 bilion 

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Dua pegawai kanan badan berkanun direman empat hari bermula hari ini kerana disyaki telah menyalahgunakan kuasa dan penyelewengan dana peruntukan pinjaman daripada Kementerian Kewangan (MOF) bagi projek pembangunan yang bernilai RM1.2 billion.

Perintah reman sehingga Sabtu ini terhadap kedua-dua suspek yang berusia sekitar 50-an itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya di Mahkamah Majistret di sini, pagi tadi.

Menurut sumber, kedua-dua suspek telah menyalahgunakan dana peruntukan pinjaman daripada kerajaan dengan memindahkan sebahagian pinjaman wang yang diterima daripada MOF.

Jelasnya, wang terbabit dipindahkan kepada syarikat kontraktor dan perunding yang tidak berkaitan dalam kos pembangunan seperti mana yang dinyatakan dalam permohonan peruntukan pinjaman kerajaan.

“Penyelewengan peruntukan ini amatlah serius memandangkan peruntukan ini melibatkan dana daripada Kerajaan Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman tersebut.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini