comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Dua Suspek Kes Dera Kanak-Kanak Hingga Maut Direman 7 Hari

Dua suspek kes mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan hingga maut di Taman Skudai, Johor direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Oleh Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU : Dua suspek termasuk seorang lelaki dan wanita warga asing yang dipercayai mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan hingga maut di Taman Skudai, dekat sini, direman 7 hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Johor Bahru, R. Salini.

Suspek lelaki yang bekerja sebagai jurujual, 28 tahun dan pembantu rumah warga asing, 40 tahun, dibawa secara berasingan ke Mahkamah jam 8.30 pagi tadi.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302, Kanun Kesiksaan kerana membunuh.

https://youtu.be/Hr4PRWUeEhY

Difahamkan wanita terbabit ditahan kelmarin, sebelum lelaki yang juga penjaga kanak-kanak malang berkenaan dicekup malam tadi di taman Skudai.

Penahanan dibuat susulan bapa mangsa yang bekerja di Singapura membuat laporan polis selepas anaknya yang berusia 3 tahun 9 bulan maut dipercayai didera.

Mangsa dan adik lelakinya berusia satu tahun dijaga oleh suspek dengan bayaran RM2,800 sebulan.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat pada sidang media malam tadi berkata, siasatan awal mendapati terdapat beberapa kesan luka dan lebam di beberapa anggota badan mangsa yang dipercayai akibat didera.

Loading...
Terkini