comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Empat lelaki didakwa rogol, amang seksual remaja 14 tahun

 

JOHOR BAHRU: Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja berusia 14 tahun.

Tiga daripada empat tertuduh, Muhammad Sobri Muhammad Anuar, 25; Muhammad Rasyid Musa, 29 dan Muhammad Fikeri Mohd Sohad, 28 didakwa melakukan merogol mangsa jam 1 pagi, 14 Mei lalu di lot 2173, kampung Oren Baru, Ulu Tiram.

Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor atas tuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja berusia 14 tahun . – FOTO NSTP

Dakwaan mengikut mengikut Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan .

Manakala seorang lagi tertuduh, Nazreen Ashraf Nordini, 30, pula didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama,  jam 12 tengah malam, pada tarikh dan lokasi sama.

Dia didakwa  mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Kesemua tertuduh yang didakwa secara berasingan mengaku tidak bersalah.

Hakim Siti Noraida Sulaiman, membenarkan tiga tertuduh masing-masing diikat jamin RM18,000 manakala Nazreen Ashraf pula diikat jamin RM14,000.

Siti Noraida menetapkan 2 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Pada 23 Mei lalu, media melaporkan sekumpulan lelaki ditahan berhubung kes rogol membabitkan seorang remaja.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat, mangsa mendakwa dirogol empat lelaki warga tempatan secara bergilir-gilir di sebuah rumah di Ulu Tiram, 14 Mei lalu.

Loading...
Terkini