comscore
Tumpuan :
Fail Mahkamah

FAIL MAHKAMAH: Derita hilang tiga puteri

FAIL MAHKAMAH: “Saya tak akan maafkan dia, sampai bila-bila, sampailah saya mati, saya tak akan maafkan dia.”

Itulah kepahitan dialami seorang ibu, Siti Aishah Ariffin yang kehilangan tiga puterinya dalam sekelip mata.

Siti Aishah dan suaminya kehilangan tiga anak mereka angkara dibunuh.

Ibu mangsa, Siti Aishah Ariffin

Lebih kejam, anak sulungnya cuba dirogol sebelum dibunuh di sawah terbiar, di Alor Senibong, Kedah pada 30 November 2013.

Manakala anak kedua dan ketiga ditolak ke dalam tali air sehingga menyebabkan mereka mati lemas.

Pada awalnya, Nur Syafikah Nadia, Nur Izzati Husna dan Puteri Nurul Akma dilaporkan tidak pulang ke rumah dan kes diklasifikasikan sebagai kes kehilangan biasa.

Namun setelah disiasat, kes ini bertukar menjadi kes bunuh.

Menurut penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim, mangsa keluar pada waktu senja, dikatakan selepas dipujuk seorang lelaki untuk  keluar bersiar-siar, sebelum dibunuh.

Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim

Berdasarkan laporan polis, suspek pertama disyaki mengarahkan suspek kedua memujuk mangsa supaya mengikut mereka bersiar-siar.

Syafikah menaiki motosikal suspek pertama, manakala dua adiknya membonceng motosikal suspek kedua.

Namun di tempat kejadian, suspek kedua dipercayai menjadi takut lalu melarikan diri.

“Hasil bedah siasat kepada Syafiqah mendapati bahawa dia telah ditekup dan ditekan wajahnya ke dalam lopak air sawah.

“Mangsa juga dipercayai cuba untuk melepaskan diri atau melawan, tetapi gagal apabila suspek menekan mangsa ke dalam lopak air sehingga lemas.

Suspek pertama, Mohd Firdaus, 20 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, yang dikenakan hukuman penjara 18 tahun.

Saksikan imbasan terperinci kes, menerusi program Fail Mahkamah pada jam 9 malam ini di TV3 atau strim menerusi www.tonton.com.my dan aplikasi Tonton.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini