comscore
Tumpuan :
Fail Mahkamah

FAIL MAHKAMAH: ‘Pujukan Maut’, dendam bekas tunang berakhir tragedi

FAIL MAHKAMAH: Tidak puas hati dan cemburu, punca Nursyafikah Ahmad Ismail, 20, maut akibat ditikam bekas tunangnya di sebuah pasar raya di Kluang, Johor pada 10 April 2015.

Tali pertunangan antara mangsa dan suspek terputus, selepas dua tahun, Nursyafikah mengikat tali pertunangan dengan orang lain, membuatkan suspek kembali, dan ingin merujuk semula, namun mangsa tidak bersetuju.

Tidak mampu menerima kenyataan yang mangsa telah menjadi tunangan orang lain, suspek Muhammad Irshaduddin berubah sikap.

Peguambela dan peguamcara, Mohd Radzi Yatiman

Mengimbas kembali kejadian, peguambela, Mohd Radzi Yatiman, berkata suspek datang berjumpa, bahkan makan bersama keluarga mangsa pada pagi hari kejadian.

“Antara perbualan mak kepada mangsa dengan suspek, mengatakan bahawa “dah tak ada jodoh, apa boleh buat”, terus membuatkan suspek menangis.

“Kejadian terbabit tidak terhenti di situ, suspek kembali ke tempat mangsa bekerja dengan alasan mahu berjumpa,” katanya dalam program Fail Mahkamah.

Saksi, Nor Amirah Osman

Menurut saksi dan juga merupakan kawan kepada mangsa, Nor Amirah Osman, tidak menjangka kejadian ini berlaku terhadap kawannya sendiri.

“Ketika suspek datang dan ingin berjumpa dengan mangsa, saya ada rasa syak dengan suspek yang berkelakuan aneh.

“Dengan perlakuan aneh itulah membuatkan saya ingin temankan suspek, namun mangsa menyakinkan saya tiada perkara buruk akan terjadi, katanya.

Perbincangan bermula harmoni, namun berakhir dengan tragedi apabila mangsa menolak pemberian jam tangan daripada suspek.

Pegawai penyiasat, Supt. Ahmad Zamry Marinsah

Menurut pegawai penyiasat, Supt. Ahmad Zamry Marinsah, suspek bertindak agresif dengan merangkul leher dan menolak mangsa terjatuh ke arah motor.

“Ketika mangsa ingin bangun semula, suspek yang kelihatan dalam CCTV dipercayai mengeluarkan pisau dan terus menikam pada rusuk kiri mangsa,” katanya.

Mangsa terus dikejarkan ke hospital berdekatan dan dilaporkan meningggal dunia sewaktu menerima rawatan kecemasan pada malam 10 April 2015.

Suspek, Muhammad Irshaduddin dijatuhkan hukuman mati pada 7 Oktober 2021.

Suspek dipercayai ingin melarikan diri ke negara jiran, berjaya ditangkap polis selepas mendapatkan maklumat daripada orang awam.

Tanggal 7 Oktober 2021, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati kepada suspek.

Saksikan imbasan terperinci kes menerusi program Fail Mahkamah pada jam 9 malam ini di TV3, atau strim menerusi www.tonton.com.my dan aplikasi Tonton.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini