comscore
Tumpuan :
Fail Mahkamah

FAIL MAHKAMAH: Serangan kumpulan Daesh yang pertama di Malaysia

FAIL MAHKAMAH: 28 Jun 2016, Malaysia telah digemparkan dengan satu serangan bom di sebuah pusat hiburan di Puchong.

Mengikut keterangan saksi, dua lelaki menunggang motosikal sebelum melempar sebutir bom ke dalam pusat hiburan tersebut.

Insiden letupan bom yang mencederakan lapan pengunjung pada mulanya dikaitkan dengan dendam antara perniagaan, namun setelah siasatan terperinci, polis mendapati ia merupakan insiden yang melibatkan kumpulan pengganas di Malaysia.

Kedua-dua suspek, Imam Wahyuddin dan Jonius Ondie disahkan menyokong kumpulan Daesh.

Menurut pegawai penyiasat kanan, ASP Badri Othman, selain menyokong kumpulan Daesh, suspek juga terlibat dengan dadah.

Pegawai penyiasat kanan, ASP Badri Othman.

“Daripada data dan maklumat yang kita ada, serangan ke atas Movida Pub di Puchong adalah serangan kumpulan Daesh yang pertama di
Malaysia.

“Hasil daripada siasatan juga, mereka ada menggunakan bahan terlarang iaitu dadah. Dan mereka-mereka ini sedang berusaha mencari jalan singkat untuk menghapuskan dosa-dosa mereka,” katanya dalam program Fail Mahkamah.

Menurut pegawai kanan polis, Bahagian Anti Pengganas (E8), Cawangan Khas, Bukit Aman, suspek telah mendapat arahan (untuk melakukan serangan) daripada Muhammad Wanndy menerusi Telegram ‘Gagak Hitam’.

Pegawai kanan polis, Bahagian Anti Pengganas (E8), Cawangan Khas, Bukit Aman.

“Wanndy telah menggunakan aplikasi Telegram ‘Gagak Hitam’ ini untuk mengarahkan satu serangan untuk dilancarkan di Malaysia.

“Mereka menggunakan medium Telegram ini untuk berkomunikasi, untuk mendapatkan maklumat-maklumat, perkembangan terkini kumpulan Daesh di Syria,” katanya.

Tertuduh Imam Wahyuddin dan Jonius Ondie. – Foto: NSTP

Pada 29 Mac 2017, tertuduh Imam Wahyuddin dan Jonius Ondie mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 25 tahun.

Lebih kurang sebulan selepas tertuduh dijatuhi hukuman, dalang insiden tersebut, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi, disahkan terbunuh dalam satu serangan dron di Raqqa, Syria.

Muhammad Wanndy Mohamed Jedi.

Saksikan imbasan terperinci kes menerusi program Fail Mahkamah pada jam 9 malam, malam ini di TV3 atau strim menerusi www.tonton.com.my dan aplikasi Tonton.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini