comscore
Tumpuan :
Mahkamah

GISBH: 6 anak guam alami masalah kesihatan, mahkamah nasihat agar diberi rawatan -Peguam

Oleh: Fareez Azman 

SELAYANG: Peguam yang mewakili 22 individu ahli Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH), Datuk Rosli Kamaruddin memaklumkan mahkamah hari ini telah menasihatkan agar mana-mana tertuduh yang mengalami masalah kesihatan untuk mendapatkan rawatan sewajarnya.

Jelasnya, kira-kira enam individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif GISBH mempunyai masalah kesihatan dan penyakit kronik termasuk kencing manis dan memerlukan rawatan walaupun sudah hampir dua bulan ditahan.

“Ada yang tidak sihat, maka kita telah mendapatkan kerjasama dari pihak polis dan mahkamah juga telah menasihatkan sesiapa yang tidak sihat untuk dibawa mendapatkan rawatan.

“Seperti yang kita maklum, mereka sudah lama ditahan, hampir dua bulan. Maka ada keadaan mereka yang tua, yang sakit, yang ada penyakit dan sebagainya,” katanya.

Bagaimanapun ujar Rosli lagi, kesemua tahanan telah menerima layanan baik oleh pihak polis termasuk pasukan perubatan yang disediakan bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan dan rawatan perubatan sewajarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di perkarangan mahkamah di sini hari ini.

Terdahulu, prosiding pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini terhenti seketika apabila salah seorang tertuduh tersedak dan terbatuk.

Dikatakan tertuduh mempunyai masalah kesihatan iaitu penyakit lelah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini