comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Guna kad pengenalan orang lain, wanita warga Indonesia dipenjara 3 bulan

BATU PAHAT: Wanita warga Indonesia yang menggunakan kad pengenalan individu lain selepas pasport tamat tempoh dipenjara tiga bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan tinggal lebih masa.

Tertuduh, Natasya Ayob, 22, yang juga pekerja sebuah pusat membuat pengakuan itu dan dijatuhi hukuman dipenjara tiga bulan selepas pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.

Mengikut pertuduhan, dia dakwa tinggal lebih masa selepas pasportnya tamat tempoh beberapa tahun lalu, dengan perbuatan itu dilakukan pejabat Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, pada jam 4.40 petang, 5 Mei lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), dipenjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau denda tidak kurang daripada RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta, tertuduh didakwa mahu membuat laporan polis akibat dicederakan rakan sekerja kerana gagal membayar hutang.

Permit kerja tertuduh yang ketika itu didapati sudah tamat tempoh dengan tertuduh menggunakan kad pengenalan pihak lain untuk membuat laporan polis.

Pengadu yang juga anggota polis menjalankan siasatan terhadap tertuduh namun mendapati kad pengenalan itu bukan miliknya dan dia juga bukan warganegara.

Tindakan tertuduh menyebabkan polis menahannya bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalijah Khalid manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, ketika prosiding menjatuhkan hukuman, tertuduh memberitahu mahkamah dia mahu dipenjara.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan bermula tarikh ditahan, 5 Mei lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini