comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Guru KAFA dan Yayasan Islam Terengganu disaman RM410,000

 

Oleh Mohd Ishak Abdillah Ngah / Zamri Ghani

KUALA TERENGGANU: Ibu kepada Muhammad Izz Anaqi Mohd Izwan, pelajar berumur 10 tahun yang patah kaki dipercayai dihempas oleh seorang guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) memfailkan tuntutan ganti rugi sebanyak RM410,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Nor Azlina Mohamad Yasin, 36 tahun, mengemukakan saman menerusi Firma Guaman Tetuan Rafaei & Co.

Dia menamakan Ahmad Mursyidin Abdullah, 37 tahun, sebagai defendan pertama dan pihak majikan Ahmad Mursyidin iaitu Yayasan Islam Terengganu sebagai defendan kedua.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa kecuaian pihak guru terbabit menyebabkan kecederaan anaknya sehingga berisiko mengalami kecacatan kekal serta trauma dan sehingga kini masih dapat rawatan psikiatri.

Pihak plaintif menuntut perintah ganti rugi am, ganti rugi teladan, dan ganti rugi teruk daripada kedua dua defendan.

Guru terbabit didakwa sengaja menyebabkan cedera parah terhadap seorang murid lelaki berusia sembilan tahun, hingga menyebabkan patah tulang di bahagian kaki kanan dengan cara mengangkat dan menghempasnya di atas kerusi kayu.

Kejadian itu didakwa berlaku dalam kelas di sebuah sekolah rendah di daerah Marang, pada 4.15 petang, 6 Julai tahun lalu.

Pada 13 Oktober tahun lalu guru terbabit telah didakwa di Mahkamah Majistret Marang mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Loading...
Terkini