comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Hakim tolak pengakuan bersalah penganggur penggal kepala kucing

Hakim turut mengarahkan tertuduh yang tidak diwakili perguam untuk terus direman lanjut sehingga tarikh perbicaraan kes selesai.

KUCHING: Mahkamah Sesyen Kuching hari ini menolak pengakuan bersalah seorang penganggur lelaki yang dituduh melakukan penganiyaan terhadap haiwan dengan memenggal kepala seekor kucing.

Hakim Musli Ab. Hamid menolak pengakuan tertuduh Jefrie Drahman, 33, selepas fakta kes yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan tidak diakui tertuduh.

Terdahulu, tertuduh mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan yang kenakan terhadapnya.

Dia berhadapan dua pertuduhan dengan pertuduhan pertama dibuat mengikut Seksyen 30(2) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 30(4) Akta yang sama manakala pertuduhan kedua di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Bagaimanapun, dia kemudian menolak fakta kes yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwaraya Norshafatihah Nor Azmi sekali gus mengakibatkan Hakim Musli Ab Hamid menolak kedua-dua pengakuan bersalah tertuduh.

Hakim Musli kemudianya menetapkan 19 Jun sebagai tarikh pengurusan kes manakala 10 dan 11 Oktober sebagai tarikh perbicaraan kes bekenaan.

Hakim turut mengarahkan tertuduh yang tidak diwakili perguam untuk terus direman lanjut sehingga tarikh perbicaraan kes selesai.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini