comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Intai wanita dalam tandas, buruh dipenjara 6 bulan

FOTO: NSTP

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas buruh yang mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan mengintainya di dalam sebuah tandas.

Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Sukri membuat keputusan itu selepas tertuduh, Muhammad Alauddin Zahid, 23, mengaku salah terhadap pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 22 tahun dengan mengintai mangsa di tandas wanita di sebuah pusat beli belah di daerah ini, jam 10.05 pagi pada 13 Mei lalu.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian memerintahkan hukuman penjara terhadap tertuduh bermula daripada tarikh tangkap iaitu pada 13 Mei lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini