comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Jamal Yunos gagal ketepikan perintah kena bayar RM300,000 kepada Teresa Kok

Datuk Seri Jamal Md Yunos (kiri) dan Teresa Kok (kanan) Foto fail NSTP.

PUTRAJAYA: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos gagal dalam rayuan untuk mengetepikan perintah mahkamah yang mengarahkannya membayar RM300,000 kepada bekas menteri, Teresa Kok kerana memfitnah.

Peguam Teresa, Datuk S.N. Nair dalam satu kenyataan berkata panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Supang Liang mengetepikan rayuan Jamal dan turut menganugerahkan ganti rugi kos sebanyak RM20,000 kepada Teresa.

Dua lagi hakim yang bersidang ialah Datuk Azman Abdullah dan Datuk Wong Kian Kheong.

Menurut Nair, pihaknya juga berjaya meminta mahkamah membenarkan wang (RM300,000) milik Jamal dan dipegang pemegang amanah berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini disalurkan segera kepada Kok.

Teresa dianugerahkan ganti rugi sebanyak RM300,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas berjaya dalam saman fitnah terhadap Jamal berhubung dakwaan penyalahgunaan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).

Jamal kemudian membuat keputusan untuk merayu terhadap keputusan asal itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini